Ibadah korban tanda bersyukur

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>




Seluruh Umat Islam menyambut Iduladha bagi merayakan kemenangan saudara-saudara kita yg sedang mengerjakan ibadah haji di Makkah...
Iduladha disambut dengan melaksanakan ibadah korban yaitu menyembelih hewan ternak: seperti unta, sapi atau kambing… yg bertujuan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Ibadah korban bertepatan dengan dalil al-Quran dan hadis yang bermaksud: "Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah". (Surat al-Kauthar ayat 2).


Nabi Muhamad s.a.w. berkorban dengan menyembelih dua ekor kambing berwarna putih dan bertanduk… Baginda turut menyembelih kedua-duanya dengan menyebut nama Allah dan bertakbir sambil meletak kakinya di atas tengkuk kibas itu, (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Hikmah ibadah korban ialah menghidupkan makna pengorbanan Nabi Ibrahim ketika Allah memerintahkan baginda menyembelih anaknya, Nabi Ismail.


Nabi Ibrahim tidak beragak-agak melaksanakan perintah itu, tetapi Allah menggantikan pengorbanan itu dengan seekor kambing…


Ibadah korban mengandungi pengertian untuk mendidik umat Islam jangan melupakan golongan fakir miskin yang memerlukan bantuan selepas Allah memberikan rezeki kepada mereka…


Ia turut memberikan kegembiraan dan perasaan kasih sayang sesama sanak-saudara dan tetangga.


Kebanyakan ulama dari Mazhab Shafie berpendapat, hukum korban adalah sunat muakad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang Islam yang berkemampuan…


Namun, ia boleh menjadi wajib dengan dua sebab:



Pertama…
apabila seseorang itu mengisyaratkan kepada binatang miliknya yang sesuai untuk dikorbankan seperti “Ini adalah korbanku” atau “aku akan korbankan binatang ini”

Kedua…
apabila seseorang itu bernazar atau mewajibkan dirinya melaksanakan korban untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti menyatakan, “wajib bagi aku berkorban kerana Allah”

Hanya unta, sapi dan kambing disyariatkan untuk korban…

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bagi setiap umat kami, syariatkan penyembelihan (korban) supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternakan yang direzekikan Allah kepada mereka… (Surah al-Hajja, ayat 34).

Menurut ulama, perkataan haiwan ternakan dalam ayat berkenaan bermaksud unta, sapi dan kambing…

Seekor unta atau kambing boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian, Anda perlu melaksanakan korban dengan mengambil satu bahagian daripada tujuh bahagian itu...

Kambing tidak boleh dibahagikan seperti unta dan sapi...

Pelaksanaan korban bermula selepas terbit matahari Iduladha yaitu selepas solat sunat iduladha dan selesai mendengarkan khutbah...

Manakala tempoh mengadakan korban berakhir selepas terbenam matahari pada akhir hari tasyrik yaitu 13 Zulhijjah…

Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah yang bermaksud: “Setiap hari tasyrik adalah penyembelihan “waktu korban”… (Riwayat Ibn Hibban)

Jika korban wajib atau nazar, tidak harus bagi orang yang melakukan korban memakan daging korban itu…

Jika seorang daripada mereka memakan sedikit daging korban itu, ia perlu diganti semula dengan daging lain atau dibayar dengan nilai daging yang dimakan’nya…

Jika korban sunat, harus orang yang melakukan korban itu memakan mengikut kadar yang dikehendakinya, dengan syarat mereka hendaklah bersedekah sedikit daging korban itu…

Paling af’dol ialah makan sedikit saja daging korban itu, untuk keberkahan dan sisanya disedekahkan… Adalah harus bagi orang yang melakukan korban memakan satu pertiga daripada bahagiannya, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga kepada saudara ,sahabat atau tetangga walaupun mereka orang kaya...

Daging korban yang diberikan kepada orang kaya, hanya boleh dimakan dan mereka tidak boleh menjualnya! Manakala daging korban yang diberikan kepada fakir miskin tidak terikat dengan syarat itu…

Bagi yang melakukan korban, mereka boleh menyedekahkan kulit binatang korban itu atau di memanfa’atkanya untuk dirinya…

Tidak boleh dijual atau diberikan kepada penyembelih binatang korban itu sebagai bayaran kepada penyembelihanya… Ini kerana perbuatan memberi bayaran, cara itu boleh menyebabkan kekurangan pada binatang korban dan merosakkan ibadah korban...

Jika pemberian itu bukan atas dasar bayaran kerana orang yang melakukan korban memberikan wang sebagai bayaran kepada penyembelih, maka pemberian kulit dan sebagainya lagi tidak menjadi kesalahan, lebih-lebih lagi penyembelih orang fakir miskin...

Ini bertepatan dengan hadis yang bermaksud: “Rasulullah memerintahkan aku (Ali) menyembelih unta baginda (penyembelihan korban ketika haji) Baginda memerintahkan aku sedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta itu (seperti pelana dan seumpamanya) Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah daging) sedikitpun daripadanya… (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Antara perkara sunat korban ialah tidak menghilangkan bulu dan kuku, masuk 10 Zulhijah dan orang yang melakukan korban disunatkan menyembelih korban’nya sendiri atau hadir menyaksikan penyembelihan itu dan sunat bagi pemerintah melakukan korban menggunakan harta Baitul mal bagi pihak orang Islam…







4 comments:

  1. Selamat idul adha yaa mass :)

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya idul adha sobat semuanya

    ReplyDelete
  3. gan, maaf ya baru sempat membalas kunjungan.
    sementara silaturahminya dsni dulu ya, karena terkendala cuci baju yg di blog.
    hehe, salam persahabatan gan..

    ReplyDelete